Ahmad Dhani (Dewa 19) dan Maia Estianty (Ratu) bercerai
Rumah tangga penyanyi kumpulan terkenal Nusantara, Dewa 19, Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo dengan penyanyi kumpulan Duo Maia, Maia Estianty yang lebih popular dengan nama Maia Ahmad, berakhir semalam selepas drama perceraian mereka berlanjutan selama dua tahun.
Majlis hakim di Mahkamah Agama Jakarta Selatan memutuskan untuk mengesahkan permohonan penceraian yang dibuat Maia yang diwakili peguamnya, Elza Syarief SH, manakala Ahmad Dhani yang tidak hadir mewakilkan peguamnya, Habib Husein SH.
Keretakan rumah tangga seawal 2006 yang berlanjutan hingga tahun ini, menyaksikan perbicaraan perkahwinan mereka dikusutkan dengan perebutan hak penjagaan anak dan harta sehingga terbawa-bawa ke dalam media.
Selain mengesahkan permohonan cerai, mahkamah turut menyerahkan hak penjagaan anak kepada Maia, harta sepencarian dibahagi dua dan Ahmad Dhani perlu memberikan nafkah kepada anak mereka yang bernilai kira-kira RM2,750 (Rupiah 7.5 juta) untuk setiap anak sebulan.
Maia berkahwin dengan Ahmad Dhani yang menjadi teman sekolahnya di Surabaya ketika masih remaja, seawal usia 19 tahun dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi dan Abdul Qodir Jaelani.
Profil
Ahmad Dhani
Nama sebenar: Dhani Ahmad Prasetyo
Tarikh lahir: 26 Mei 1972
Tempat lahir: Surabaya, Indonesia
Karier: Penyanyi kumpulan Dewa 19, pencipta lagu, produser rakaman dan pengasas Republik Cinta Artis Management
Kumpulan bernaung dengannya: The Rock, Dewi-Dewi, White Snow, Andra&The Backbone dan Dewa 19 sendiri.
Kontroversi:-
1. Memiliki personaliti yang kontroversi sedangkan lirik lagunya mempunyai falsafah yang dalam dan mengandungi makna yang berlawanan dengan tingkah lakunya.
2. Kulit albumnya, Laskar Cinta, diprotes oleh kelompok Islam yang keras kerana penggunaan logo yang suci dianggap menghina agama tertentu. Walaupun, Dhani bertegas ia tidak bermaksud demikian, pencipta lagu Laskar Cinta itu membuat perubahan pada logo berkenaan.
3. Dhani pernah dituduh memplagiat oleh penulis Arjuna Mencari Cinta, Yudhistira ANM Massardi, yang digunakan untuk salah satu judul album Dewa 19 tetapi pergeseran itu berakhir dengan Dhani memohon maaf di media.
Maya Estianty
Nama sebenar: Maia Ahmad
Tarikh lahir: 27 Januari 1977
Tempat lahir: Surabaya, Indonesia
Karier: Penyanyi kumpulan Duo Maia
Sejarah:-
1. Pernah menubuhkan kumpulan muzik Ratu bersama-sama Pinkan Mambo dan menghasilkan album Bersama pada 2003 sebelum Pinkan berundur pada 2005.
2. Posisi Pinkan diganti Mulan Kwok yang kemudian dikenali sebagai Mulan Jameela. Bersama-sama dengan Mulan, Maia menghasilkan album kompilasi pertama berjudul Ratu & Friends pada 2005 dengan single Teman Tapi Mesra dan Di Dadaku Ada Kamu, manakala pada tahun berikutnya, Ratu kembali mengeluarkan album No. Satu dengan lagu popular Lelaki Buaya Darat dan Dear Diary. 3. Mulan pula berundur dari Ratu pada 2007 dan Maia mengambil masa lebih setahun untuk mendapatkan gandingan barunya, Mey Chan, sekali gus menerbitkan album berjudul Maia & Friends pada tahun ini dengan lagu sandaran Ingat Kamu dan E.G.P. 4. Maia terbabit dalam dunia lakonan bermula pelakon komedi Extravaganza di Trans TV pada 2006 dan turut berlakon dalam sitkom OB di RCTI.
5. Menjadi pelakon undangan di filem seram Lantai 13 pada tahun lalu.
24.9.08
|
Labels:
#Ahmad Dhani,
#Maia Estianty,
Artis di mahkamah,
Artis Indonesia,
Perceraian Seleberiti
|
0 respon:
Catat Ulasan