Drama perundangan Shafnie-AC Mizal

Shafnie Zainuddin


Dalam pernyataan tuntutan berkaitan mengubah nafkah anak, Shafnie Zainuddin mendakwa AC Mizal sebagai defendan mempunyai kemampuan selepas mendapat kontrak daripada Astro untuk menjadi pengacara Akademi Fantasia musim keenam (AF6):-

1. Pengacara Akademi Fantasia musim keenam (AF6): Gaji lumayan (n/a) dan dipercayai memperoleh pendapatan RM5,000 setiap episod
2. Kontrak daripada Astro untuk menjadi pengacara bagi programnya sendiri, AC Di Sini (n/a)
3. Duta beberapa jenama produk termasuk Mayfirst: Keuntungan bernilai RM10,000
4. Juruhebah ‘Kru Pagi Di Era’ dari Isnin hingga Jumaat
5. Berlakon filem komedi yang mendapat sambutan hangat seperti Gerak Khas The Movie, Buli, Baik Punya Cilok, Buli Balik dan Cicak Man.

Selain itu, Shafnie turut mendakwa:-

1. Defendan bersikap angkuh dan menyatakan tidak mahu merujuk semula kepada aturan pemberian nafkah terdahulu
2. Defendan tidak bersikap adil terhadap kedua-dua anak hasil pernikahan mereka, berbanding anak dengan isteri baru sedangkan perbelanjaan semakin bertambah berikutan usia meningkat dan keperluan semasa berubah.

Perbelanjaan bulanan:-
1. Makan minum (RM400)
2. Pengangkutan (RM240)
3. Insurans pendidikan (RM1,000)
4. Pembantu rumah (RM200)
5. Pengajian al-Quran (RM280)
6. Dana amanah pendidikan (RM1,000)
7. Sewa rumah atau ansuran rumah (RM650)
KESELURUHAN: RM3,770

Perbelanjaan tahunan:-
1. Pakaian (RM3,000)
2. Perubatan (RM1,500)
3. Yuran sekolah/tuisyen (RM500)
4. Aktiviti kokurikulum (RM1,000)
5. Hiburan dan percutian (RM3,000)
KESELURUHAN: RM9,000


AC Mizal

“Jangan salahkan orang...salahkan diri dulu. Saya pun salahkan diri sendiri. Kalau saya tidak ada kerja dulu, saya tidak boleh bagi nafkah, apa saya nak buat!” kata AC Mizal di luar Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang sebaik mahkamah menangguhkan sebutan kes berhubung permohonan dikemukakan bekas isterinya, Shafnie Zainuddin, 33, untuk mengubah perintah nafkah bagi kedua-dua anaknya.

Keputusan menangguhkan kes itu dibuat Hakim Syarie Mohd Fazil Hasan selepas AC Mizal Mizal Zaini, 37, dan peguamnya, Siti Aishah Din gagal hadir pada prosiding sebutan kes itu yang ditetapkan pagi semalam.

Bagaimanapun, Mohd Fazil memberikan peluang kepada AC Mizal memasukkan pembelaannya dalam tempoh sebulan bermula semalam sehingga perbicaraan bermula pada 2 Disember depan.

Difahamkan, AC Mizal menunggu peguamnya dalam kenderaan menyebabkan dia gagal menghadiri prosiding itu tanpa alasan lalu kes terbabit ditangguhkan.

“Saya mintalah kalau boleh, saya pun dah lapan tahun kahwin dan tidak mahu bercerita banyak mengenai semua ini. Saya pun Alhamdulillah, kalau saya jahat sangat, saya rasa Tuhan pun tidak bagi saya rezeki seperti ini,” katanya.

0 respon: