Bapa hero, sambut bayi sambil memandu
KOTA BHARU: Tarikh keramat 31 Ogos semalam, memberi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan pasangan suami isteri dari Pengkalan Chepa, di sini, yang bukan saja dikurniakan cahaya mata kelima, tetapi terpaksa melalui detik cemas menyambut kelahiran bayi lelaki itu di dalam kereta.
Bayi seberat 3.4 kilogram itu disambut sendiri Kamaruddin Abu Bakar, 37, jam 11.30 pagi dalam keadaan sambil memandu ketika dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), selepas isterinya, Nor Hayati Zaley, 31, tidak dapat menanggung kesakitan.
Kamaruddin yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem 8 Briget, Pengkalan Chepa, ketika ditemui di HUSM, berkata beliau nekad menyambut kelahiran bayinya itu dengan menggunakan sebelah tangan sementara sebelah lagi tangannya memegang stereng.
Beliau bercadang menamakan bayi itu Mohd Amar Alauddin.
1.9.08
|
Labels:
Berita takjub
|
0 respon:
Catat Ulasan