Sembilan jambatan ajaib di dunia
Sembilan jambatan ajaib di dunia
1. The Millau Viaduct, Perancis
Jambatan The Millau Viaduct di Perancis mencatat rekod sebagai jambatan untuk kenderaan yang tertinggi di dunia. Struktur The Millau Viaduct jambatan jalan raya yang menggunakan sambungan kabel itu, direka oleh Insinyur MIchael Virlogeux dan Arkitek Norman Foster. Jambatan yang menjadi sebahagian jaringan pengangkutan yang menghubungkan Paris dengan Beziers itu, mula dibuka 14 Disember 2004.
Jolokan jambatan tertinggi di dunia ini, dihebatkan lagi dengan fakta puncak tertingginya pada ketinggian 343 meter lebih tinggi sedikit daripada Menara Eiffel tetapi memerlukan 38 meter untuk menyamai ketinggian Bangunan Empire State.
Pada masa sama, The Millau Viaduct turut mencatatkan tiga rekod dunia:-
1. Pilon (binaan keluli besi untuk menopang kabel elektrik bervoltan tinggi) jambatan yang tertinggi di dunia
2. Tiang jambatan yang tertinggi di dunia
3. Dek (deck) jambatan jalan raya yang tertinggi di dunia
Bagaimanapun, jolokan dek jambatan tertinggi di dunia yang menjadi milik The Millau Viaduct bakal dirampas oleh Jambatan Chenab di Jammu dan Kashmir, India yang dijangka siap Disember tahun depan.
Jambatan Fehmarn Belt, Laut Baltik
Jambatan The Fehmarn Belt bridge ini, dijangka siap sepenuhnya pada 2018 dan bakal menghububngkan Pulau Fehmarn di Jerman dengan Pulau Lolland di Belanda. Fehmarn Belt yang bernilai Euro 5 juta (RM24.75juta) itu, menyebarangi Laut Baltik sejauh 11 kilometer, sekali gus memendekkan perjalanan antara Hamburg dengan Copenhagen daripada 4¾ kepada 3½ jam.
Jambatan Gateshead Millennium, England
Berbeza dengan jambatan mega yang lain, Gateshead Millennium yang dibuka pada 17 September 2001 ini, hanya dikhususnya kepada pengguna basikal untuk menyeberangi Sungai Tyne, sekali gus menghubungkan Gateshead dengan Newcastle. Gateshead Millennium direka oleh Wilkinson Eyre Architects dan Architects Gifford and Partners. Jambatan ini juga membenarkan kapal kecil setinggi 25 meter untuk melalui di bawahnya melalui mekanisme yang menyebabkan ia turut digelar sebagai Blinking Eye Bridge.
Jambatan Erasmusbrug, Rotterdam
Jambatan Erasmusbrug sepanjang 808 meter dan mempunyai pilon pada ketinggian 139 meter ini, turut mendapat nama jolokan The Swan. Jambatan yang direkabentuk oleh Ben van Berkel dan selesai pada 1996 ini, merentangi Sungai Nieuwe Maas, sekali gus menghubungkan bahagian utara dan selatan kota raya Rotterdam, Belanda
Tower Bridge, London
Tower Bridge siap dibina pada 1894 yang kemudiannya menjadikannya sebagai salah satu mercu tanda terkenal di London. Oleh kerana ia berdekatan dengan Tower of London, jambatan ini mendapat nama Tower Bridge. Sejarah mencatatkan ia dibina oleh tangan 432 pekerja yang mengambil masa 8 tahun.
Jambatan Oresunde, Sweden/Denmark
Jambatan Oresunde memuatkan dua laluan rel tren dan empat lorong jalan raya yang melintasi Selat Oresund. Ia menjadi jambatan rel tren dan jalan raya yang terpanjang di Eropah, yang menghubungkan dua wilayah metropolitan di Oresund.
Tsing Ma Bridge, Hong Kong
Jambatan Tsing Ma di Hong Kong ini menjadi jambatan bersambung yang ketujuh terpanjang di dunia. Namanya gabungan daripada dua pulau di Hong Kong yang memuatkan jalan raya dan rel tren.
Magdeburg Water Bridge, Jerman
Jambatan Magdeburg Water ini sangat unik kerana bukan saja menjadi laluan kenderaan darat, bahkan ia turut mempunyai saluran khusus untuk kenderaan air melaluinya. Ini kerana Jambatan Magdeburg Water menghubungkan dua terusan penting untuk perkapalan di Jerman, iaitu Terusan Elbe-Havel and Terusan Mittellandkanal. Jambatan Magdeburg turut mempunyai signifikan sejarah kerana ia antara sebahagian projek penyatuan Jerman Timur dan Jerman Barat. Jambatan Magdeburg Water sepanjang 918 meter ini, mula dibina pada 1997 dan siap pada 2003.
Sydney Harbour Bridge, Australia
7.9.08
|
Labels:
Jalan/jambatan ajaib
|
0 respon:
Catat Ulasan