Tips kejut orang tidur macam kayu balak untuk bangun sahur
Kita dah puasa masuk fragmen kedua tapi masih ada orang yang payah gila tahap gaban untuk bangun sahur? Sahur itu sunat, tidur itu harus, tapi kalau mata dah lekat dengan gam macam mana? Ini tips kejut bangun sahur berdasarkan tahap ketiduran manusia.
Tahap pertama: Tidur jenis kucing letih lepas kejar tikus:-
1. Pegang anak jari kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali sambil tu seru nama dia perlahan-lahan.
2. Sentuh bahu orang yang tidur dan goyangkan perlahan lahan. Jangan lupa seru juga nama dia.
3. Renjis air suam di muka dia (jangan guna air minirel, membazir!) sambil panggil nama dia.
4. Kalau mahram, tampar-tampar manja pipi dia, juga sambil panggil nama dia.
Sekiranya masih tak bangun juga, kita terpaksa beralih kepada tahap kedua: tidur jenis kucing lepas mengawan. Sebagai satu isyarat untuk beralih tahap, kita kena tutup kipas atau air cond:-
1. Jerit nama dia kuat kuat. Boleh gulungkan majalah dan letak kat telinga dia. Tidak disarankan guna healer, takut gegendang telinga pecah. Bukan sebab nanti pekak, tapi lagi payah nak bangun.
2. Gigit ibu jari kaki dia macam toyol gigit. Sekiranya orang yang tidur itu jenis kaki busuk, disarankan skip saja nombor 2.
3. Simbah air sebaldi kalau boleh air rendam baju yang dah berminggu-minggu itu.
4. Goyang badan dia kuat-kuat kemudian jerit gempa bumi! tanah runtuh! tsunami! tsunami!
6. Hidupkan lighter dekat dengan muka (tapi jangan bagi kena, nanti terbakar!) dan jerit api! api! api!
Sekiranya masih tidur macam kayu balak juga, ambil KFC dan McD sambil letak sebelah hidung dia dengan penuh pasrah. Kemudian sebut Maa Rabbuka! di telinganya atau baca surah Yaa sin.
Kalau masih tak bangun juga, memang sudah qadak dan qadar Tuhan. Allah lebih menyayanginya.
12.9.08
|
Labels:
Cerita lawak
|
0 respon:
Catat Ulasan