‘Ada jodoh, adalah...’

MARAH akhirnya meruntuhkan perkahwinan anggota kumpulan VE, Charm atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil selepas Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya, mengesahkan cerai talak tiga yang dilafazkan penyanyi itu dalam satu pertengkaran antaranya dengan isterinya, Karmila Khalid.

Cham mendedahkan secebis tragedi rumah tangganya itu kepada wartawan selepas perbicaraan selesai yang turut menyaksikan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Karmila.

“Jodoh kami sampai di sini hendak buat macam mana. Kalau lepas ini ada jodoh, adalah,” katanya yang hanya mengenakan baju t kuning dan seluar slack kelabu.

Karmila pula berkongsi perancangan hidup barunya dengan wartawan, iaitu untuk menjaga dan membesarkan tiga anaknya.

“Saya diberi hak sepenuhnya menjaga anak kerana kami tidak mempertikaikan hak penjagaan itu. Lagipun dalam masalah itu saya hendak dilepaskan (diceraikan),” katanya yang hadir ke mahkamah dengan baju kurung putih dan tudung merah jambu.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Syarie Jamil Ahmad menegaskan ketika lafaz itu, Karmila tidak mengandung atau membantah keterangan Cham berhubung pengesahan cerai talak tiga itu yang dibuat pada 5 Jun lalu, jam 1 pagi di apartmen di Seksyen 13, Shah Alam.

Menurutnya, talak tiga itu sah apabila Cham dalam keadaan sedar ketika melafazkan cerai berkenaan.

0 respon: