Tunggakan AC Mizal kepada Shafnie

Pengacara, penyanyi dan pelakon, AC Mizal berdepan Notis Tunjuk Sebab yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam apabila gagal membayar tunggakan nafkah dua anaknya berjumlah RM50,000 sejak 2004.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, bercerai dengan bekas isterinya, Shafnie Zainuddin, 33, pada 17 Oktober 2001 dan Mahkamah rendah Syariah Hulu Langat mengeluarkan perintah mahkamah melalui Perjanjian Penyelesaian dengan memerintahkannya untuk menjelaskan bayaran nafkah dua anaknya yang tertunggak RM50,000 secara ansuran iaitu sebanyak RM200 sebulan.

Bakinya pula dibayar dengan membuat potongan 10 peratus daripada keuntungan bersih setiap tahun daripada akaun syarikatnya, Bestline Entertaiment (M) Sdn Bhd.

AC Mizal bagaimanapun didakwa gagal memenuhi perintah mahkamah itu dan sekiranya sabit kesalahan, dia b leh dipenjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000.

Hakim Saarani Ismail memberikan tempoh sehingga 24 September untuk AC Mizal mengemukakan bantahan awal kepada mahkamah, manakala tarikh membuat keputusan terhadap permohonan Shafnie pula ditetapkan pada 21 Oktober depan.

Senyuman manis dengan tahi lalat pemanis di atas bibir

Rambut dah bertudung, tapi leher, separuh dada dan bahu pun aurat juga, Shafnie!

Fesyen yang ini ok sikit. Nanti makin baik ya, Shafnie!

Jelingan mata yang memukau dan menyihir dengan wajah yang redup dan manis

Meski dengan title janda dan posisi santai, Shafnie masih menawan

1 respon:

Unknown berkata...

to the writer....u ni mesti gila kepochi kan..yang nak menyibuk pasal cara pemakaian shafnie...kalau u lelaki.bini u tu elok sangat ke..? kakak adik beradik u tu elok sangat ke pakainnya? kubur lain2...jaga sikit mulut tu umat islam...jangan asik nak mengaibkan orang lain je....banyak betul masa u nak menulis pasal orang lain kat sini...wat did u get???? DOSA??? ..haiiiii...ni la dia melayu...KELAUTTTTT...