Tugu yang pelik

Lembu kena penyek

Lokasi: Budapest


Wanita besi

Lokasi: Di hadapan Bangunan Regentes di Emmasingel Groningen, Belanda


Kongsi biskut

Lokasi: Di hadapan Muzium Bukcheon, Seoul, Korea


Paip air ajaib

Lokasi: Aqualand, Cadiz, Amerika Syarikat (AS)


Tunggang kuda terbalik

Lokasi: Pusat membeli-belah kecil di Prague, Republik Czech


Tak jadi bunuh diri

Lokasi: Muzium Kafka, Republik Czech


Budak mahu mandi telanjang

Lokasi: Berhampiran Menara Stesen Televisyen Zizkov, Prague, Republik Czech


Akibat tension gila

Lokasi: Di hadapan Bangunan Ernst & Young, Los Angeles


Bangkit dari kubur, terus main biola

Lokasi: Dewan masuk di Teater Amsterdam, Amsterdam, Belanda


Tugu pelik di Stockholm




Kebesaran Tuhan di Antartika

Ayat-ayat Tuhan dalam bentuk keagungan kuasanya dalam alam sekitar masih ada di sekeliling kita. Hanya terpulang kepada kita sama ada mahu melihat dengan mata lahiriah saja atau menghayatinya dengan mata batin.

Pelayar Norway, Oyvind Tangen, dalam pelayarannya menemukan ketulan ais (iceberg) dengan jalur hitam yang cantik di atasnya.

Selain jalur hitam, adakalanya ia juga tampil dengan jalur biru akibat buih air yang memerangkap cahaya berada di dalam ketulan iceberg sehinggalah permukaannya mencair dan menyebabkan buih itu menjadi jalur warna biru.








Terima kasih dari kondom

Ingat lagi Greek menang Euro 2004? Baru terjumpa iklan kondom yang menggelikan hati! Terima kasih kerana tidak beli kami.

Jalan-jalan cari makan: Ala Fear Factors

Restoran Kanibal (orang makan orang)

Restoran ini namanya ‘Nyotaimori’ yang bermaksud hidangan tubuh orang perempuan. Pelanggan akan dihidangkan dengan seorang gadis cun dan lawa yang dalam keadaan bogel serta tanpa seurat benang pun. Dengan menggunakan pisau makan, pelanggan boleh membedah di mana-mana bahagian badan gadis termasuklah alat sulitnya dan payudaranya. Darah akan meleleh keluar bila gadis itu dibedah tanpa peri kemanusiaan lagi. Pelanggan makan organ dalaman gadis itu dengan guna chopstik. Rileks, ‘gadis’ yang dihidangkan itu sebenarnya hanya patung yang di dalamnya berisi makanan seperti sushi dan sashimi, iaitu ikan.



Restoran Mangkuk Tandas


Eii, jijiknya. Sanggupkah anda makan yang dimasak dalam mangkuk tandas. Pasti anda akan termuntah mengenangkan mangkuk tandas di tandas awam terutama di perhentian bas. Sebaiknya anda jangan cuba-cuba ingat rupa paras tandas awam itu apabila menjenggah Marton Theme Restaurant di Kaohsiung, Taiwan. Dekor restoran itu menggunakan dekor tandas dengan kerusi pun siap macam tandas duduk. Bukan itu saja, makanan dihidangkan dalam pinggan dan mangkuk yang menyerupai mangkuk tandas!


Restoran di Puncak Awan

Tema restoran di Brussels, Belgium ini ialah ‘Makan malam di langit’ kerana restorannya setinggi 150 kaki. Tinggi tu!!! Sesiapa yang gayat dinasihatkan tidak mencubanya. Takut nanti apa yang dimakan terus muntah. Sebabnya pelanggan akan makan di tempat yang terbuka kerana meja dan kerusi yang direka khas itu diangkat dengan menggunakan kren sehingga pelanggan terpaksa pakai tali keledar.


Restoran Gelap

Restoran di Beijing, China, ini menggunakan rekaan dalaman yang berwarna hitam dan gelap sehingga pelayannya terpaksa pakai night vision goggles untuk membawa pelanggan ke meja mereka. Lebih kurang macam Apek dalam filem Ali Baba. Sementara itu, pelanggan dilarang menggunakan lampu suluh, telefon genggam dan jam yang bercahaya semasa menikmati hidangan dalam gelap.


Restoran Kondom

Restoran ‘Cabbages and Condoms’ ini mempunyai rangkaian restoran yang banyak di Thailand. Memang tema kondom habis dari dinding dan gambar kondom dicetak di lantai. Lepas makan, siap bagi kondom percuma saja. Cuma, harap-harap tak ada kondom terpakai di restoran itu!


Restoran Medikal

Taiwan lagi! Orang Taiwan ni pelik-pelik. DS Music Restaurant di Taipei ini kononnya mendapat inspirasi lepas pemiliknya masuk hospital. Pelayan yang cun, bila pakai uniform jururawat, makin tambah cun dan seksi. Minuman dihidangkan dalam bentuk botol titisan IV!

Ringkasan Bajet 2009 'Kerajaan Prihatin'

Pembentang: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Lokasi: Dewan Rakyat
Tema: Kerajaan Prihatin
Jumlah bajet: RM207.9 bilion (peruntukan pengurusan: RM154.2 bilion; peruntukan pembangunan RM53.7 bilion)

1. Jaringan keselamatan sosial

Keluarga miskin yang layak dapat bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
DULU: RM400 sebulan
KINI: RM720 sebulan (Semenanjung); RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah).

Pesara yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun menerima wang pencen
DULU: Tiada maklumat
KINI: RM720 sebulan (mulai 1 Januari 2009)

Tabung pemberian kewangan yang hilang punca pendapatan secara mengejut seperti kemalangan
DULU: Tiada
KINI: RM25 juta

Elaun Ibu Pelihara (ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan)
DULU: RM600 sebulan
KINI: RM1,000 sebulan (mulai 1 September ini)

2. Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan
DULU: 5.7 peratus (2004)
KINI: 3.6 peratus (2007)

Kemudahan asas di Sabah dan sarawak
DULU: Tiada maklumat
KINI: RM580 juta (Sabah) dan Rm420 juta (Sarawak)

Pengecualian bil elektrik
DULU: Tiada
KINI: RM20 (isi rumah yang membayar RM20 dan ke bawah sebulan (mulai 1 Oktober ini hingga akhir 2009)

Rebat cukai pendapatan bagi pendapatan bercukai RM35,000 setahun (kira-kira RM2,900)
DULU: RM350
KINI: RM400

Duti import barangan pengguna
DULU: 10 hingga 60 peratus
KINI: 5 hingga 30 peratus

Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel individu dan syarikat
DULU: Tiada maklumat
KINI: Sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol (mulai 1 September ini)

Elaun Orang Kurang Upaya (OKU)
DULU: Tiada maklumat
KINI: RM150 sebulan; RM50-RM150 pelajar OKU di sekolah pendidikan khas dan insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN
DULU: Tiada maklumat
KINI: Sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

Kelayakan pendapatan isirumah untuk subsidi yuran Taska RM180
DULU: RM2,000 sebulan
KINI: RM3,000 (mulai 1 Januari 2009)

3. Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Peningkatan keupayaan
DULU: Tiada maklumat
KINI: RM5.4 bilion

Belanja mengurus
DULU: Tiada maklumat
KINI: RM4.8 bilion

Belanja pembangunan
DULU: Tiada maklumat
KINI: RM600 juta

pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis
DULU: Tiada maklumat
KINI: RM200 juta

4. Pengangkutan

Kemudahan pinjaman mudah untuk biayai perolehan aset bas dan rel
DULU: Tiada maklumat
KINI: RM3 bilion

Bayaran tol diturunkan untuk semua bas
DULU: Tiada
KINI: Pengurangan 50 peratus kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun (mulai 15 September 2008)

5. Kesihatan

Duti eksais spesifik ke atas rokok
DULU: Tiada kenaikan pada tahun lalu
KINI: Naik 3 peratus dari 15 sen kepada 18 sen (cukai sekotak rokok 20 batang meningkat 60 sen)

Kenaikan kadar bayaran insentif pakar perubatan
DULU: Tiada
KINI: RM26 juta untuk 3,800 pegawai

Artis cun bertudung, segak bersongkok


Eloklah sempena Ramadhan al-Mubarak ini, artis kita pun buat amalan ibadat. Astro Oasis akan menayangkan program istimewa yang membabitkan artis mengaji al-Quran, Ngaji@Murai. Boleh juga perbetulkan bacaan dan dapat pahala bila baca al-Quran. Tambah-tambah lagi dalam Ramadhan, yang akan diganda-gandakan.

Tengok artis perempuan yang bertudung itu, sejuk mata memandang. Cantik apa walaupun bertudung. Redup saja wajah itu. Moga-moga tudung itu lekatlah sehingga ke akhir hayat. Amiin.

Artis yang terlibat ialah Akbar, Betty Banafe, Faisal AF6, Sharifah Zarina, Julia Ziegler, Ajieb Murai, Fida, Kamal Adli, Akma AF3, Azfar, Dina Xfresh, Faizal AF4, Lisdawati, Rafiq Infinates, Mila, Adi 6ixth Sense, Aimee Era, Iqram Dinzly, Yatt, Aizat, Siti Nurdiana, Shawal, Edlin, Alif AF6, Izwan Pilus dan Fazli Zainal.

Dapat cam?

Sumpah, Anwar bersumpah di Parlimen dan Ketua Pembangkang






Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasminya menjadi pemimpin pembangkang di Parlimen selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen (AP) Permatang Pauh di Dewan Rakyat.

Pemimpin politik berkarismatik yang berusia 61 tahun itu, melangkah dengan yakin ke Parlimen pada jam 9.45 pagi dan tanpa ragu lagi mengangkat sumpah 20 minit kemudiannya selepas doa berkumandang di dewan.

Sumpah yang memegangnya sebagai AP yang bertanggungjawab untuk memastikan check and balance di Dewan Rakyat itu, sudah tentu memberikannya satu pengharapan besar, bukan saja daripada pengundi Permatang Pauh yang memilihnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat cahaya baru di ufuk politik negara.

Pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh (P44) yang lalu, Anwar menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi. Anwar mengaut 31,195 undi, manakala Arif Shah hanya memperoleh 15,524 undi, sedangkan calon dari Akim, Hanafi Mamat hilang wang pertaruhan apabila mendapat 92 undi saja.

Sebaik saja selesai mengucapkan sumpah - ironinya lawannya sering mendesaknya untuk mengucapkan sumpah sepanjang pilihan raya kecil lalu - Anwar dengan langkah tidak teragak-agak mengambil tempat duduknya yang tiga minggu lalu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah kerusi isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kerusi di sudut yang memang dikhaskan kepada Ketua Pembangkang itu, betul-betul berhadapan dengan kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sebelum ini pernah menjadi rakan kabinetnya.

Tan Sri Khalid Ibrahim yang menjadi AP Bandar Tun Razak dengan senyum lebar menyambutnya - entah kebanggaan kerana Anwar bakal mengepalai mereka atau kerana berpeluang menyaksikan karismatik Anwar dari jarak yang paling dekat. Naib Presiden PKR, R Sivarasa (PKR-Subang) pula sesekali menoleh ke belakang untuk menyapa dan berbual dengan Anwar.

Anwar sudah tentu merasakan suasana Parlimen sekarang, berbeza berbanding pengalamannya dulu semasa beliau berada di bahagian yang kini diduduki bekas rakan kabinetnya seperti Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Mahyudin Yassin.

Hampir tepat 10 tahun lalu, Anwar dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan atas tuduhan sodomi dan korupsi.

Kini, Anwar berada di Dewan Rakyat, untuk mengetuai pembangkang bagi memastikan check and balance berlaku di dewan yang mulia itu.

Erra hamil tiga bulan



Rileks, Erra baru hamil tiga bulan. Ini bukan saat melahirkan anak lagi. Ini baru scene dalam Anak Halal.


KUALA LUMPUR: Impian pelakon popular, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 34, untuk bakal bergelar ibu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia disahkan mengandung tiga bulan.

Erra yang mula popular menerusi filem Sembilu mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 33, pada Oktober lalu.

Engku Emran ketika dihubungi mengesahkan berita itu sambil mengharapkan agar peminat dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan isterinya.

“Erra disahkan mengandung bulan lalu dan kini kandungannya sudah pun berusia tiga bulan. Kami sangat gembira dengan berita ini dan berharap supaya peminat dapat mendoakan kesihatan isteri saya,” katanya yang tidak kisah mengenai jantina anak.

“Erra kini sedang sibuk di lokasi drama, jadi saya banyak menasihatkan dia supaya berhati-hati menjaga kandungan dan jangan mengangkat barang berat.

“Sebagai suami tentulah saya gembira kerana ini pengalaman pertama saya bakal bergelar bapa,” katanya yang tidak kisah mengenai jantina anak.

Erra dan Emran yang mula berkenalan rapat sejak Jun tahun lalu mengikat tali pertunangan pada 7 September tahun yang sama.

Mereka kemudian memilih 25 Oktober untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri. Majlis pernikahan diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala yang dihadiri kira-kira 400 tetamu.

Anak haram tersepit

Pepatah orang Melayu, bagai melepaskan anjing yang tersepit. Tetapi di negara Barat, mereka mungkin mahu mengatakan, bagai melepaskan babi yang tersepit. Siapa yang mahu selamatkan babi yang tersepit ini?

Sebenarnya ini signboard kepada sebuah syarikat dental floss yang beroperasi di New York, Amerika Syarikat (AS). Cuma, apa kaitan babi dengan dental floss? Babi perlukan dental floss untuk keluarkan sisa makanan daripada celah gigi? Atau mungkin kaitannya, babi itu yang tersepit di celah gigi manusia!

Amacam, ada berani hisap?

Kita sudah saksikan banyak kempen berhenti merokok. Tapi syarikat tobacco buat bodo saja. Orang ramai pun tak ambil pusing. Mungkin kempen kita tak kreatif. Di Brazil, mereka naik setapak lagi. Kempen berhenti merokok dengan membakar rokok. Tapi bakar bukan sebarang bakar. Macam mana, ada berani hisap rokok lagi?




Atau cuba pula ashtray rokok yang dipasang di London ini

Jalan biru, literal

Orang Belanda memang blue. Bukan, bukan kerana seks bebas. Atau jadi pusat industri filem blue. Tapi kerana warnakan sepanjang-panjang jalan dengan warna biru. Di kota Drachten, artis Henk Hofstra mewarnakan biru muda ke atas satu kilometer jalan. Slogannya, ‘Water is Life’, untuk mengingatkan penduduknya, satu waktu dulu jalan itu sebenarnya adalah sebuah terusan (canal). Hofstra menggunakan 4,000 liter cat untuk tujuan itu.