Deodorant kecemasan


Ada berita baik khusus kepada pengguna komuter, LRT dan bas RapidKL yang bersesak-sesak. Deodorant kecemasan boleh membantu sekiranya bau tengik dan hangit menerjah hidung dalam kenderaan awam yang macam sardin.

Sebenarnya, ini promosi lucu yang dibuat oleh pengeluar deodorant dan anti-perspirant, Right Guard, di Amerika Syarikat (AS), dengan meletakkan deodorant pada tempat yang orang paling berhajat. Right Guard letak kotak istimewa dalam bas dan tren yang sesak.

Kotak istimewa itu mengandungi sebotol spray anti-perspirant Right Guard. Papan tanda di atasnya memberitahu pengguna untuk memecahkan gelas sekiranya berlaku kecemasan dan menghubungi talian hotline untuk mendapatkan sampel percuma. Kempen lucu itu berjaya menarik perhatian pengguna dengan dianggarkan 800,000 orang melihatnya dalam tempoh dua minggu. Talian hotline juga menerima 6,500 panggilan untuk mendapatkan sampel, menjadikan salah satu kempen promosi paling berjaya pada tahun ini.

0 respon: