Gambar artis bercium di eskalator
Selepas gosip artis bercium di eskalator mula tersebar, team paparazi Edisi Variasi Kita Loklak (Evil) mula dikerahkan untuk cuba menghidu pergerakan artis itu. Berbekalkan motor kapcai, kamera digital EOS dan jubah halimunan, akhirnya salah seorang Evil berjaya mengesan lokasi terkini artis itu dan sempat klik dua tiga kali gambar artis bercium di eskalator itu.
Artis yang juga pelakon jelita dan terkenal itu buat kerja tak senonoh dengan seorang pelakon Hollywood dan beberapa pelakon satu spesis dengannya. Ini memang kes berat, kata ahli Evil yang enggan mendedahkan namanya.
Bila dah bercium mulut di eskalator di pusat beli-belah sedangkan dia personaliti ternama, memang dah jadi dasar tak ingat dunia. Sampuk Cik Joyah yang jadi kerani di pejabat Evil.
Atas profesionalisme dan tanggungjawab, maka inilah gambar hangat artis bercium di eskalator. Tapi background terpaksa diubah untuk menyembunyikan identiti pusat beli-belah itu.
Macam mana, memang tak ingat dunia punya cium mulut, kan?
21.9.08
|
Labels:
Cerita lawak,
Gambar lucu
|
0 respon:
Catat Ulasan