Dari ciuman pantai ke kucupan jinjang pelamin





Akhirnya kontroversi ciuman pelakon dan pengacara tempatan, Ashraf Sinclair dengan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari, bakal ditamatkan dengan kesudahan yang baik apabila mereka mengumumkan rancangan perkahwinan pada 8 November ini.

Ashraf Sinclair, 30, dan Bunga Citra Lestari, 25, membuat pengumuman itu pada sidang media anjuran produk penjagaan kulit, Ponds di Jakarta, malam tadi kira-kira jam 10 malam waktu Indonesia (11 malam waktu Malaysia) selepas menyemarakkan cinta sejak setahun lalu.

Pasangan itu menimbulkan kegemparan ekoran pendedahan gambar foto mereka berciuman mesra di salah satu pantai di Pulau Bali, sekitar Jun dan Julai tahun lalu.

Ashraf berada di Jakarta berikutan terbabit dalam penggambaran filem Pocong, selain pasangan itu turut berlakon dalam penggambaran filem komedi di Bali.

Majlis persandingan bakal mempelai akan diadakan di hotel terkemuka di Senayan, Jakarta, sehari selepas pernikahan, manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan dibuat di sebuah hotel di Subang Jaya, pertengahan November ini.
Posted by Picasa

0 respon: