Mawi & Ikin


Asmawi Ani atau Mawi, 27, bakal menamatkan zaman bujangnya apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Nora'Asikin Rahmat (Ekin) yang akan diadakan pada 20 Disember ini.
Upacara akad nikah Mawi dan Ekin diadakan di sebuah masjid diikuti malamnya majlis resepsi di Stadium Tertutup Johor Bahru, manakala AStro pula diberi hak eksklusif bagi membalas jasa stesen televisyen itu yang banyak membantu meningkatkan kerjaya seninya.
Kenduri pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak pada Ahad 28 Disember, manakala resepsi istimewa berlangsung di Palace Of The Golden Horses pada 11 Januari.
Mawi juga menganjurkan konsert khas di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember bersama rakan Akademi Fantasia.

1 respon:

PakciQue berkata...

Mawi dan Ekin nak kahwin. Ada pro ada cons. Aku taknak bincang isu itu.

Tapi, aku lebih suka isu perang rating di antara TV3 dan Astro. Dulu Astro pecahkan rating TV3 masa perkahwinan Siti dengan program Mawi & Ina. Sekarang apa TV3 nak buat untuk pecahkan rating Atro?

Perang Rating Bermula [BACAAN LANJUT]