Kereta polis peronda cool

Siapa kata jadi polis peronda tak cool? Aku cadangkan kita pun guna kereta cool untuk polis peronda. Banyak faedahnya. Antaranya kasi penjenayah kecut perut. Kalau penjenayah nak lari lepaskan diri pun teragak-agak kalau polis peronda pakai kereta sport. Dan kereta sport gini pun, dapat mencegah mereka daripada rasuah. Yalah takkan pakai kereta sport pun nak minta rasuah atau sanggup terima rasuah, kan?

Polis peronda Jerman

Brabus CLS, iaitu kereta sedan terpantas di dunia dengan 730hp daripada enjin twin-turbo V12 dan kelajuan boleh mencapai 225.19mph.

Porsche 911 Carrera dengan 6 cylinder engine dan 500hp, yang membolehkannya mencapai kelajuan lebih 186 mph dan memecut sehingga 60 mph hanya dalam 4.6 saat.


Polis peronda Austria

Porsche 911 yang boleh mencapai kelajuan sehingga 177mph dan berharga £65,000.

Polis peronda Itali


Lamborghini Gallardo mula dibeli oleh polis Itali pada 2004.

Polis peronda UK


Bukan hanya Itali pakai Lamborghini, UK pun jeles juga. Jadi UK pun beli Lamborghini Murcielago LP640.

Polis peronda Afrika Selatan

Sekali Afrika Selatan pun jeles juga. Beli satu!

Polis peronda Bulgaria

Bulgaria masih pakai Porche 911. Biarlah orang lain tukar Lamborghini.

Polis peronda Belanda

Belanda tak ada duit nak tukar Lamborghini. Jadi gunalah Spyker C8 Spyder. Tapi tukar pintu Lamborghini. Tukar pintu pun jadilah!

Kereta Peronda Amerika Syarikat

Biasalah, AS pun nak tunjuk juga dia polis dunia. Jadi dorang pakai Dodge Viper.

0 respon: