Ahmad Dhani (Dewa 19) dan Maia Estianty (Ratu) bercerai


Rumah tangga penyanyi kumpulan terkenal Nusantara, Dewa 19, Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo dengan penyanyi kumpulan Duo Maia, Maia Estianty yang lebih popular dengan nama Maia Ahmad, berakhir semalam selepas drama perceraian mereka berlanjutan selama dua tahun.

Majlis hakim di Mahkamah Agama Jakarta Selatan memutuskan untuk mengesahkan permohonan penceraian yang dibuat Maia yang diwakili peguamnya, Elza Syarief SH, manakala Ahmad Dhani yang tidak hadir mewakilkan peguamnya, Habib Husein SH.

Keretakan rumah tangga seawal 2006 yang berlanjutan hingga tahun ini, menyaksikan perbicaraan perkahwinan mereka dikusutkan dengan perebutan hak penjagaan anak dan harta sehingga terbawa-bawa ke dalam media.

Selain mengesahkan permohonan cerai, mahkamah turut menyerahkan hak penjagaan anak kepada Maia, harta sepencarian dibahagi dua dan Ahmad Dhani perlu memberikan nafkah kepada anak mereka yang bernilai kira-kira RM2,750 (Rupiah 7.5 juta) untuk setiap anak sebulan.

Maia berkahwin dengan Ahmad Dhani yang menjadi teman sekolahnya di Surabaya ketika masih remaja, seawal usia 19 tahun dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi dan Abdul Qodir Jaelani.

Profil

Ahmad Dhani

Nama sebenar: Dhani Ahmad Prasetyo
Tarikh lahir: 26 Mei 1972
Tempat lahir: Surabaya, Indonesia
Karier: Penyanyi kumpulan Dewa 19, pencipta lagu, produser rakaman dan pengasas Republik Cinta Artis Management
Kumpulan bernaung dengannya: The Rock, Dewi-Dewi, White Snow, Andra&The Backbone dan Dewa 19 sendiri.
Kontroversi:-
1. Memiliki personaliti yang kontroversi sedangkan lirik lagunya mempunyai falsafah yang dalam dan mengandungi makna yang berlawanan dengan tingkah lakunya.
2. Kulit albumnya, Laskar Cinta, diprotes oleh kelompok Islam yang keras kerana penggunaan logo yang suci dianggap menghina agama tertentu. Walaupun, Dhani bertegas ia tidak bermaksud demikian, pencipta lagu Laskar Cinta itu membuat perubahan pada logo berkenaan.
3. Dhani pernah dituduh memplagiat oleh penulis Arjuna Mencari Cinta, Yudhistira ANM Massardi, yang digunakan untuk salah satu judul album Dewa 19 tetapi pergeseran itu berakhir dengan Dhani memohon maaf di media.


Maya Estianty

Nama sebenar: Maia Ahmad
Tarikh lahir: 27 Januari 1977
Tempat lahir: Surabaya, Indonesia
Karier: Penyanyi kumpulan Duo Maia
Sejarah:-
1. Pernah menubuhkan kumpulan muzik Ratu bersama-sama Pinkan Mambo dan menghasilkan album Bersama pada 2003 sebelum Pinkan berundur pada 2005.
2. Posisi Pinkan diganti Mulan Kwok yang kemudian dikenali sebagai Mulan Jameela. Bersama-sama dengan Mulan, Maia menghasilkan album kompilasi pertama berjudul Ratu & Friends pada 2005 dengan single Teman Tapi Mesra dan Di Dadaku Ada Kamu, manakala pada tahun berikutnya, Ratu kembali mengeluarkan album No. Satu dengan lagu popular Lelaki Buaya Darat dan Dear Diary. 3. Mulan pula berundur dari Ratu pada 2007 dan Maia mengambil masa lebih setahun untuk mendapatkan gandingan barunya, Mey Chan, sekali gus menerbitkan album berjudul Maia & Friends pada tahun ini dengan lagu sandaran Ingat Kamu dan E.G.P. 4. Maia terbabit dalam dunia lakonan bermula pelakon komedi Extravaganza di Trans TV pada 2006 dan turut berlakon dalam sitkom OB di RCTI.
5. Menjadi pelakon undangan di filem seram Lantai 13 pada tahun lalu.

Fazura dapat ‘hadiah hari jadi’: TIDAK BERSALAH


Pelakon terkenal tanah air yang menjanjikan dan berbakat besar, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura, dengan dada membusung dengan debaran menanti penghakiman Majistret Aizatul Akmal Maharani.

Insiden yang dikaitkan dengannya, iaitu tuduhan mencederakan suri rumah, Geraldin Mariana Wong, 32, di Bar Luna, Hotel dan Apartments Pacific Regency, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, kira-kira empat tahun lalu, berulang-ulang datang di kotak ingatannya. Ia seperti tayangan semula yang difastforward.

Di depannya, Hakim Mahkamah Majistret, Majistret Aizatul Akmal dengan tenang membacakan keputusan penghakimannya: Fazura dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mencederakan Mariana Wong.

Fazura yang mencatatkan nama dengan Gol dan Gincu itu, tidak dapat menahan sebak di dadanya. Ia ibarat empangan yang mula retak dan akhirnya pecah. Dengan dada subur dengan sebak, Fazura tunduk sebelum air mata keharuan mengalir deras yang turut diairi kegembiraan.

Sebaik saja prosiding tamat, Fazura dengan mata yang masih berkaca, pipi yang masih basah dan dada yang masih bergetar, berpaling ke arah galeri awam sambil meluru untuk memeluk ahli keluarganya.

Teman rapatnya, Cheryl Samad, turut dirangkulnya. Mereka berpelukan antara satu sama lain seolah-olah sudah lama berpisah, sambil Fazura tidak henti-henti mengucapkan syukur terhadap keputusan mahkamah itu.

Kegembiraan Fazura dikongsi bersama dengan Cheryl Samad

Ketika ditemui media, Fazura tidak sabar-sabar untuk berkongsi kegembiraan itu: “Sejak empat tahun lalu, inilah hari yang saya paling nanti-nantikan...saya sudah bersedia dengan apa saja keputusan mahkamah,” katanya dengan dada yang masih berombak-ombak.

“Hari ini menjadi hadiah terbaik untuk hari jadi saya yang ke-25, Sabtu ini,” sambungnya.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan wartawan sama ada dia serik untuk terus berhibur di lokasi yang terbuka, Fazura dengan berhati-hati menjawab, dia tetap akan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Apa saja boleh berlaku pada diri kita tidak kira di mana-mana...namun kali ini, saya berjanji akan lebih berhati-hati,” katanya.

Fazura yang seksi dengan langkah baru untuk menggapai cita-cita dalam dunia lakonan

Hari yang mendatang bagaikan tidak sabar-sabar lagi untuk dirangkulnya, sekali meninggalkan fragmen duka yang pernah bergentayang dalam hidupnya.

“Saya bakal meraikan hari jadi ke-25 Sabtu ini...kemudian, saya akan mula mengikuti penggambaran filem terbaru bertajuk ‘Kau Pisau Cukur’ bersama Aaron Aziz dan Maya Karin,” katanya dengan senyum manis yang tergantung di hujung bibir.

Fazura sudah tentu tidak dapat melupakan butir-butir penghakiman Majistret Aizatul Akmal, yang menegaskan mahkamah menerima keterangan pembelaan daripada orang kena saman (OKS), iaitu Fazura yang mendakwa cuba beredar dari Bar Luna selepas kejadian pertama.

“Dalam keterangan itu, OKS mendakwa, ketika dia sedang beredar, pengadu datang dari belakang dan menarik rambutnya dengan kuat. OKS yang kesakitan cuba melepaskan diri dengan menghayunkan kasut di tangan kanannya ke arah pengadu.” Bicara penghakiman itu bagaikan lekat kukuh di hatinya di sebalik ombak besar di dadanya.

Tambah Majistret Aizatul Akmal lagi, keterangan OKS itu disokong saksi pembelaan kedua, Shahrizan Mohd Rodzi dan ketiga, Ahmad Razman Ahmad Razali, sebelum menyambung: “Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menerima penjelasan OKS, sekali gus memutuskan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan,” katanya.

Ayat itulah yang kemudiannya menjadi sinar yang menerangi mahkamah bagi Fazura. Ayat yang menjanjikan kehidupannya sebagai pelakon tidak tergendala. Ini kerana Fazura yang namanya mencanak naik lewat drama bersiri Ezora itu, mengaku tidak bersalah ketika dituduh buat kali pertama pada 9 Mei 2005, sekali gus membentuk plot baru dalam hidupnya apabila terpaksa naik turun mahkamah.

Sejak itu, dia yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, manakala pendakwaan dilakukan Cif Inspektor R Rukumar untuk dibicarakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM2,000, jika sabit kesalahan.

Moga-moga dengan ‘hadiah hari jadi’ yang sungguh besar maknanya, Fazura lebih berhati-hati dalam mengatur langkah supaya kehidupan peribadinya tidak menjadi lumpur yang bakal terpalit pada dunia lakonannya. Alangkah sayangnya, sekiranya pelakon yang memiliki pakej yang lengkap daripada wajah yang cantik, penampilan yang mengagum dan lakonan yang menjanjikan terpaksa menguburkan masa depan yang cerah itu dengan perilaku yang boleh mendorong kepada dunia yang kelam.

Fazura, moga jadi lebih baik. Baik dari segi lakonan, juga dari segi tingkah laku!

Adaptasi dan gambar dari sini, sini dan sini.

Jari yang jahat

Mula-mula tiga Jari nak merompak. Seorang pakai topeng ski, seorang pakai topeng orang dan seorang lagi pakai bandana. Mereka pun pecah masuk atas perut orang. Tapi sebab perut orang tu milik orang perempuan, maka menjeritlah orang perempuan tu sebab kena raba dan berasakan dia dicabul.

Bertempiaranlah tiga Jari tu tapi mereka ditangkap polis. Bawa ke balai polis utk ambil statement dan buat pengecaman. Seorang yang dapat dicam, dua lagi terlepas. Sesiapa jumpa jari tu sila klik sini.






Barcode yang kreatif

Kepada pengguna, barcode mungkin kurang bermakna. Apa kata, pengeluar tolong bagi fancy sikit barcode tu?

Gambar-gambar lucu dalam sukan

Kita selalu digembar-gemburkan dengan sukan akan menyihatkan tubuh badan. Cuma kita tak diberitahu, dalam sukan ada macam-macam. Ini adalah sebab mengapa kalau korang nak gunakan alasan untuk tidak bersukan!


Management stadium kalau masih tak jumpa sebab mengapa tiket tak laku, baik letak jawatan dan jadi janitor!

Pemain pertama: Kau tengok Ultraman semalam. Dia kasi lazer, berkecai raksasa tu. Pemain kedua: Wow, tak sangka I you pun minat Ultraman!

Tengok yang mana sampai dulu kat muka kau. Bola atau kasut aku!

Ok, ini mungkin antara sebab kenapa Barthez digugur daripada pasukan utama Manchester United.

Aku tak nak cakap apa-apa. Tapi bola aku masuk dalam seluar kau!

Ini kes tak dengar orang tua. Sudah terhantuk baru tergadah. Tapi ni lari lompat pagar atau lari bawah pagar?

Sebenarnya, bola yang sesuai untuk ditanduk, adalah yang di udara. Kalau dah kat atas padang, tak payah tanduk lah!

Ini sama ada sungguh-sungguh nak dapatkan bola atau tengah tahan cirit!

Kes tak bayar gaji pemain?

Refere, aku tak buat. Bukan aku. Ini barangkali hujah mempertahankan diri paling bodoh kat dunia.

Sorry, getah seluar dah putus!

Kau ni nak apa sebenarnya? Nak bola atau saja nak malukan aku?

Tahap kritikal punya!

Ini dah tak boleh nak cakap. Confirm kena masuk hospital!

Mengapa perempuan tidak digalakkan bersukan!

Ni nak buat benda tak senonoh pun depan khalayak ramai ke?

Ok, semua orang nak lari daripada kayu pemukul. Tapi siapa nak selamatkan budak kecil tu?

Kenapa ketiak aku rasa basah semacam saja?

Ini kes mengantuk gila!

Eksiden abad ini!

Ops, lupa nak pasang punat balik!

Aku tau aku akan kalah. Tapi janganlah sampai jatuhkan maruah aku tahap begini? Kau nak rasa apa sebenarnya?

Ada orang memang dilahirkan sebagai pelari pecut dunia. Tapi aku dilahirkan sebagai pelari berguling dunia.

Korang nak main bola ke nak main apa?

Aku dah bosan dengan kau. Ambik sajalah aku ni!

Minta maaf?

Kentut siapa yang paling power?

Ambik kau. Siapa suruh jaga?

Peraduan teka kedudukan bola!

Sekali kena, terus kena buat pertukaran pemain!

Esok, confirm aku MC.

Akorbatik abad ini di padang bola sepak?

Saja teknik ni!

Satu lagi kes sumbang di padang bola sepak!

Bukan kes buli walaupun babitkan kepala kena luku dan jentik!

Tobat aku, tak nak main tenis lagi.

Dah jadi tabiat aku ni, kaki aku ni ada mata sendiri!

Confirm masuk hospital!

Berani kau lompat atas aku!

Kes raba tetek. Memang kerja orang lelaki!

It's a bird? It's a plane? No, it is a ball!

Awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!