‘Ada jodoh, adalah...’
MARAH akhirnya meruntuhkan perkahwinan anggota kumpulan VE, Charm atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil selepas Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya, mengesahkan cerai talak tiga yang dilafazkan penyanyi itu dalam satu pertengkaran antaranya dengan isterinya, Karmila Khalid.
Cham mendedahkan secebis tragedi rumah tangganya itu kepada wartawan selepas perbicaraan selesai yang turut menyaksikan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Karmila.
“Jodoh kami sampai di sini hendak buat macam mana. Kalau lepas ini ada jodoh, adalah,” katanya yang hanya mengenakan baju t kuning dan seluar slack kelabu.
Karmila pula berkongsi perancangan hidup barunya dengan wartawan, iaitu untuk menjaga dan membesarkan tiga anaknya.
“Saya diberi hak sepenuhnya menjaga anak kerana kami tidak mempertikaikan hak penjagaan itu. Lagipun dalam masalah itu saya hendak dilepaskan (diceraikan),” katanya yang hadir ke mahkamah dengan baju kurung putih dan tudung merah jambu.
Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Syarie Jamil Ahmad menegaskan ketika lafaz itu, Karmila tidak mengandung atau membantah keterangan Cham berhubung pengesahan cerai talak tiga itu yang dibuat pada 5 Jun lalu, jam 1 pagi di apartmen di Seksyen 13, Shah Alam.
Menurutnya, talak tiga itu sah apabila Cham dalam keadaan sedar ketika melafazkan cerai berkenaan.
10.9.08 | Labels: #Cham VE, Hiburan, Perceraian Seleberiti | 0 Comments
Mari mengejar matahari
Mari mengejar matahari. Dengan tanganmu yang tangkas. Dengan senyummu yang manis. Atau tubuhmu yang mulus. Bahkan dengan pinggulmu yang empuk!
[Gambar]9.9.08 | Labels: Alam hebat, Fotografi | 0 Comments
Yang mana lebih berbahaya: rokok atau terrorisme?
Amaran: Fakta ini menakutkan hanya bagi bukan perokok atau bukan perokok tegar atau mangsa terhidu asap rokok. Ada tiga iklan yang hampir sama menggambarkan bahaya rokok yang lebih hebat daripada terrorisme yang meleburkan Menara Berkembar di Amerika Syarikat yang terkenal itu.
Kempen: O DIA “The cigarret kills a hundred times more than terrorism” (2005)
Agensi: Elipse, Rio, Brazil
Kempen: Khaleej Times (2007)
Agensi: Precept Gulf, Emeriat Arab Bersatu (UAE)
Kempen: ASH “Terrorism-related deaths since 2001 : 11,377. Tobacco-related deaths since 2001 : 30,000,000″ (2008)
Agensi: DDB, New Zealand
8.9.08 | Labels: Kempen kreatif | 0 Comments
Deja Moss, kini puan!
Sebaik saja pengantin lelakinya, Azfendy Azzuddin, melafazkan jawab akad nikah di Dewan Pernikahan Masjid Wilayah Persekutuan, Deja Moss tidak dapat menahan air matanya. Titisan air matanya mengalir turun dengan hati yang sedikit sebak. Dia tidak kisahnya tetamu lain lagi pada majlis perkahwinannya itu.
Tangisan itu sudah tidak dapat ditahan lagi apabila Deja Moss memeluk ibu mentuanya. Hatinya bercampur-baur dengan pelbagai perasaan dari gembira kepada harapan yang menggunung.
Sudah 35 tahun, Deja Moss atau nama sebenarnya Hajjah Sharifah Khadijah Wan Moss, hidup membujang dan saat menjadi isteri orang adalah gerbang kehidupan yang terlalu baru baginya.
Semoga azamnya untuk memiliki kehidupan yang lebih sempurna dan keluarga sendiri dimakbulkan Allah. Sudah tentu Deja Moss sendiri perlu berusaha ke arah itu. Dengan bimbingan suaminya, tentunya!
Gambar-gambar persandingan Deja Moss/Gambar-gambar perkahwinan Deja Moss:-



8.9.08 | Labels: #Deja Moss, Hiburan, Kahwin dan keluarga | 0 Comments
Tudung itu apa?
Isteri AC Mizalkah ini? Tudung bukan semata-mata tutup rambut, tetapi tutup juga kat dada itu. Jauh daripada sempurna, kalau tudung hanya menutup rambut tetapi leher dan sebahagian dada terdedah. Orangnya cantik, lebih cantik kalau leher dan dadanya turut bertutup.
Tetapi bagaimana pula dengan Zila Bakarin yang ‘bertudung’ tetapi berkemban? Ini sebenarnya bukan tudung, tetapi tutup kepala. Cuma musykilnya, apa guna kain hijau di kepala?


8.9.08 | Labels: #Zila Bakarin, Artis Malaysia, Hiburan | 0 Comments
10 cara balas dendam di pejabat
Korang ada kawan sepejabat yang suka kipas boss dengan buruk-burukkan orang lain? Atau yang perdajal kawan sejawatan untuk naik dengan cepat? Atau yang jenis kepoh dengan sebarkan gosip dan macam-macam cerita di belakang kita?
Ada 10 cara yang Oddee cadangkan kepada mamat dan minah di pejabat yang memang jenis busuk hati dan busuk perut:-
Huruf-huruf papan kunci komputer bergentayang di siling
Cadangan untuk balas dendam massa: Gantung papan kunci/tetikus mereka yang busuk hati perut di siling. Kalau boleh gunakan gam gajah yang kuat.
Surat khabar lama!!!Balut kerusi, meja, komputer dan semua benda di atas meja dengan kertas surat khabar lama. Sesuai dibuat untuk mereka yang berkerja dengan syarikat surat khabar, kilang akhbar atau garaj jual surat khabar lama.
Ini untuk kaki golfSesuai untuk mamat terutamanya yang suka kipas boss dengan buruk-burukkan orang lain masa main golf dengan boss-boss.
Sarang labah-labah bulu biri-biriLebih baik berbanding sarang labah-labah buatan sendiri yang boleh dimusnahkan dengan mudah.
Lalang tumbuh dari papan kekunci komputerRamuan: Papan kunci lama yang sama dengan papan kunci mangsa, tanah dan rumput untuk kucing peliharaan.
Cara: Buang huruf di papan kunci komputer, letakkan tanah dan tanam benih rumput untuk kucing yang dibeli dari kedai haiwan peliharaan. Rumput itu agak tebal dan mudah membiak. Tutup papan kunci dengan plastik dan letakkannya di kawasan yang kena cahaya matahari. Rumput itu akan tumbuh beberapa inci dalam masa 18 hari.
Tolong hold semua panggilan saya!Bayangkan telefon berdering dan pemiliknya tidak dapat menjawabnya! Lebih fatal, dia ada panggilan penting!
Hadiah dari orang salji
Balas dendam dengan kertas post-itBosan mengambil panggilan boss yang kedekut atau rakan sekerja yang banyak simpan kekasih tapi tak mahu bertanggungjawab? Ini balas dendam cara terbaik.
Stor belonDan yang ini adalah balas dendam terutama pada department yang banyak songeh. Ops, ia tidak dicadangkan kerana bakal membawa malapetaka besar ke pejabat yang berpanjangan!
Gambar beramai-ramai dalam hujan buatan!DISCLAIMER: Pihak Variasi Kita tidak bertanggungjawab terhadap sebarang salah guna cara yang dalam entri ini
7.9.08 | Labels: Sakat orang | 0 Comments
Sembilan jambatan ajaib di dunia
Sembilan jambatan ajaib di dunia
1. The Millau Viaduct, Perancis
Jambatan The Millau Viaduct di Perancis mencatat rekod sebagai jambatan untuk kenderaan yang tertinggi di dunia. Struktur The Millau Viaduct jambatan jalan raya yang menggunakan sambungan kabel itu, direka oleh Insinyur MIchael Virlogeux dan Arkitek Norman Foster. Jambatan yang menjadi sebahagian jaringan pengangkutan yang menghubungkan Paris dengan Beziers itu, mula dibuka 14 Disember 2004.
Jolokan jambatan tertinggi di dunia ini, dihebatkan lagi dengan fakta puncak tertingginya pada ketinggian 343 meter lebih tinggi sedikit daripada Menara Eiffel tetapi memerlukan 38 meter untuk menyamai ketinggian Bangunan Empire State.
Pada masa sama, The Millau Viaduct turut mencatatkan tiga rekod dunia:-
1. Pilon (binaan keluli besi untuk menopang kabel elektrik bervoltan tinggi) jambatan yang tertinggi di dunia
2. Tiang jambatan yang tertinggi di dunia
3. Dek (deck) jambatan jalan raya yang tertinggi di dunia
Bagaimanapun, jolokan dek jambatan tertinggi di dunia yang menjadi milik The Millau Viaduct bakal dirampas oleh Jambatan Chenab di Jammu dan Kashmir, India yang dijangka siap Disember tahun depan.

Jambatan Fehmarn Belt, Laut Baltik
Jambatan The Fehmarn Belt bridge ini, dijangka siap sepenuhnya pada 2018 dan bakal menghububngkan Pulau Fehmarn di Jerman dengan Pulau Lolland di Belanda. Fehmarn Belt yang bernilai Euro 5 juta (RM24.75juta) itu, menyebarangi Laut Baltik sejauh 11 kilometer, sekali gus memendekkan perjalanan antara Hamburg dengan Copenhagen daripada 4¾ kepada 3½ jam.
Jambatan Gateshead Millennium, England
Berbeza dengan jambatan mega yang lain, Gateshead Millennium yang dibuka pada 17 September 2001 ini, hanya dikhususnya kepada pengguna basikal untuk menyeberangi Sungai Tyne, sekali gus menghubungkan Gateshead dengan Newcastle. Gateshead Millennium direka oleh Wilkinson Eyre Architects dan Architects Gifford and Partners. Jambatan ini juga membenarkan kapal kecil setinggi 25 meter untuk melalui di bawahnya melalui mekanisme yang menyebabkan ia turut digelar sebagai Blinking Eye Bridge.
Jambatan Erasmusbrug, Rotterdam
Jambatan Erasmusbrug sepanjang 808 meter dan mempunyai pilon pada ketinggian 139 meter ini, turut mendapat nama jolokan The Swan. Jambatan yang direkabentuk oleh Ben van Berkel dan selesai pada 1996 ini, merentangi Sungai Nieuwe Maas, sekali gus menghubungkan bahagian utara dan selatan kota raya Rotterdam, Belanda
Tower Bridge, London
Tower Bridge siap dibina pada 1894 yang kemudiannya menjadikannya sebagai salah satu mercu tanda terkenal di London. Oleh kerana ia berdekatan dengan Tower of London, jambatan ini mendapat nama Tower Bridge. Sejarah mencatatkan ia dibina oleh tangan 432 pekerja yang mengambil masa 8 tahun.
Jambatan Oresunde, Sweden/Denmark
Jambatan Oresunde memuatkan dua laluan rel tren dan empat lorong jalan raya yang melintasi Selat Oresund. Ia menjadi jambatan rel tren dan jalan raya yang terpanjang di Eropah, yang menghubungkan dua wilayah metropolitan di Oresund.
Tsing Ma Bridge, Hong Kong
Jambatan Tsing Ma di Hong Kong ini menjadi jambatan bersambung yang ketujuh terpanjang di dunia. Namanya gabungan daripada dua pulau di Hong Kong yang memuatkan jalan raya dan rel tren.
Magdeburg Water Bridge, Jerman
Jambatan Magdeburg Water ini sangat unik kerana bukan saja menjadi laluan kenderaan darat, bahkan ia turut mempunyai saluran khusus untuk kenderaan air melaluinya. Ini kerana Jambatan Magdeburg Water menghubungkan dua terusan penting untuk perkapalan di Jerman, iaitu Terusan Elbe-Havel and Terusan Mittellandkanal. Jambatan Magdeburg turut mempunyai signifikan sejarah kerana ia antara sebahagian projek penyatuan Jerman Timur dan Jerman Barat. Jambatan Magdeburg Water sepanjang 918 meter ini, mula dibina pada 1997 dan siap pada 2003.
Sydney Harbour Bridge, Australia
7.9.08 | Labels: Jalan/jambatan ajaib | 0 Comments




