Hashima - Pulau berhantu!

Pulau Hashima yang bermakna pulau di perbatasan dalam bahasa Jepun, juga dikenali sebagai Gunkanjima atau Pulau Pertempuran yang menjadi salah satu daripada 505 pulau tanpa penghuni dalam Nagasaki Prefecture yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau yang tidak berpenghuni ini sebenarnya pernah didiami manusia antara 1887 hingga 1974 ekoran kewujudan lombong arang batu. Kini, pulau itu terbiar dengan bangunan konkrit yang ditinggalkan dan dikelilingi oleh kesunyian laut.

Lihat gambar pulau berhantu ini di sini.





Gambar artis hamil yang tetap berseri

Sama ada serinya kerana seri anak atau seri solek, artis kita ini berjaya mengekalkan penampilan mereka. Moga mereka melahirkan anak yang soleh yang dapat mendoakan mereka nanti.

Mereka mungkin jadi calon Mama Hot! Ops, puasa!

Tiga serangkai ibu hamil yang berseri: Datin Norjuma, Abby Abadi dan Wardina

Fiza Elite yang makin bertambah matang dan bertambah seri. Moga seri itu kekal hingga tumpah kepada anak!

Lisdawati dan kandungannya

Datin Natasha Hudson berkongsi tuah

Sharifah Shahira tetap bergaya meski hamil

Ratu Jazz, Sheila Majid dengan kaftan pinknya

Gambar artis bercium di eskalator

Selepas gosip artis bercium di eskalator mula tersebar, team paparazi Edisi Variasi Kita Loklak (Evil) mula dikerahkan untuk cuba menghidu pergerakan artis itu. Berbekalkan motor kapcai, kamera digital EOS dan jubah halimunan, akhirnya salah seorang Evil berjaya mengesan lokasi terkini artis itu dan sempat klik dua tiga kali gambar artis bercium di eskalator itu.

Artis yang juga pelakon jelita dan terkenal itu buat kerja tak senonoh dengan seorang pelakon Hollywood dan beberapa pelakon satu spesis dengannya. Ini memang kes berat, kata ahli Evil yang enggan mendedahkan namanya.

Bila dah bercium mulut di eskalator di pusat beli-belah sedangkan dia personaliti ternama, memang dah jadi dasar tak ingat dunia. Sampuk Cik Joyah yang jadi kerani di pejabat Evil.

Atas profesionalisme dan tanggungjawab, maka inilah gambar hangat artis bercium di eskalator. Tapi background terpaksa diubah untuk menyembunyikan identiti pusat beli-belah itu.



Macam mana, memang tak ingat dunia punya cium mulut, kan?

Global effect kena pada semua

Saintis dan orang yang prihatin terhadap alam sekitar sangat bimbang dengan global effect yang menyebabkan penipisan lapisan ais di kutub utara. Sekarang ahli sains sukan dan juga sains fabrik juga bimbang dengan global effect, kesan rumah hijau dan penipisan ozon. Tak percaya, sila tengok perbezaan antara dulu dan sekarang bahana global effect.

Kebimbangan saintis dan pejuang alam sekitar

1. Penipisan lapisan glasiar di Taman Negara Glacier, Montana, Amerika Syarikat (AS)

Dulu (1911)


Sekarang (2000)


2. Penipisan lapisan glasiar di Rong Glacier, Pergunungan Himalaya

Dulu (1968)


Kini (2007)


Kebimbangan pakar kaji cuaca

Salji di Moscow, Rusia

Dulu (Januari 2006)


Kini (Januari 2007)


Kebimbangan ahli sains sukan

Pasukan Perancis 1959


Pasukan Perancis 2008!


Kebimbangan ahli sains fabrik!

Rahsia pen biru

Pen merah pen biru
You marah I love you!

Jangan tertipu. Ini bukan shoot mengunakan kamera digital atau touch-up guna Photoshop. Tetapi ini lukisan realisme dengan menggunakan ball-pen biru. Wow, mengghairahkan... eh maksud aku mengagumkan! Kalau tak percaya, nikmati, ghairahi tapi tengok juga gambar terakhir.











Wajah tahanan ISA: Teresa Kok, Tan Hoon Cheng dan RPK

Tahanan No 03: Terese Kok


Masa: 11.18 malam, Jumaat, 12 September 2008
Lokasi: Perjalanan pulang dari Kuala Lumpur
Posisi: Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh

Tahanan No 02: Tan Hoon Cheng

Masa: 8.30 malam, Jumaat, 12 September
Lokasi: Di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Posisi: Wartawan Sin Chew Daily

Tahanan No 01: Raja Petra Kamarudin aka RPK


Masa: 1.10 petang, Jumaat, 12 September 2008
Lokasi: Di rumahnya di Sungai Buloh
Posisi: (Dikatakan) Editor Malaysia Today

Bagaimana mengukur daya seksual perempuan daripada cara jalannya?

Sekumpulan pengkaji yang diketuai ahli akademik dari Universiti West Scotland, membuat kajian seksual dengan meneliti dan merakam cara berjalan di kalangan 16 mahasiswi Belgium serta mengumpulkan data mengenai kehidupan seks mereka.

Keputusannya, perempuan yang berjalan dengan gaya tegap, kaki lurus dan ada gerakan memutar di punggung dan tulang belakang seperti model di atas catwalk menunjukkan mereka mempunyai sejarah orgasme yang baik.

Perempuan itu juga tidak memiliki trauma ketika bercinta, bahkan mereka menunjukkan keterbukaan dan kebebasan.

Manakala perempuan yang berjalan aneh didapati mempunyai pengalaman seks masa lalunya kerana rangsangan pada dinding vagina perempuan dapat mempengaruhi cara jalannya. Selain itu, cara jalan perempuan juga menunjukkan rasa percaya dirinya, termasuk dalam hal bercinta.