Dunia akhir zaman: Bayi berkepala dua!


Bayi berkepala dua mencetuskan kegemparan di Keshobpur, Bangladesh. Bayi yang diberi nama Kiron itu mempunyai satu perut dan satu alat kelamin. Kira-kira 150,000 orang mengerumuni di sebuah hospital berhampiran Bandar Jessore untuk melihat keajaiban itu, sekali gus menimbulkan kerungsingan pihak hospital sehingga menempatkan pengawal keselamatan yang mengawal 24 jam.

Belasungkawa: Dr Ismadi menyusul Kassim Selamat


SIAPA yang tidak boleh lupa kepada watak Kassim Selamat yang dilakonkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang mencucuk mata selepas mendapati diperdaya ibu mentuanya semata-mata mahu menikahkan anaknya Sabariah dengan Dr Ismadi.

Meskipun watak Kassim Selamat tetap lekat di hati, jangan lupa watak Dr Ismadi juga memainkan peranan signifikan dalam filem itu kerana tanpanya mungkin Kassim Selamat dengan mudah dapat kembali kepada isteri kesayangannya.

Semalam, kita kembali mengingati watak Dr Ismail apabila pelakonnya, Datuk Ahmad Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ahmad Mahmud, 85, meninggal dunia di rumah keluarganya di Kampung Tunku, Kuala Lumpur, malam tadi akibat penyakit buah pinggang.

Sebenarnya Ahmad Mahmud menerima rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar lebih sebulan lalu selepas dimasukkan ke hospital swasta itu sejak 22 Julai lalu, sebelum dibawa pulang ke rumahnya.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu, Datin Hadijah Mohamad, tiga orang anak dan sembilan cucu itu, menghidap penyakit buah pinggang sejak tujuh tahun lalu dan baru 10 hari berada di rumah selepas dirawat di Pusat Perubatan Pantai.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, selepas solat Zuhur hari ini.

Profil Datuk Ahmad Mahmood

Nama lakonan: Ahmad Mahmud
Tarikh lahir: 17 Mac 1927
Tempat lahir: Rembau, Negeri Sembilan
Filem:-
1. Ranjau Sepanjang Jalan (1983)
2. Raja Bersiong (1968) aka Vampire King (informal English title)
3. Jebak Maut (1967)
4. Dayang Senandung (1965)
5. Gerhana (1962) aka Eclipse (Malaysia: English title: festival title)
6. Ibu Mertuaku (1962) .... Doktor Ismadi aka My Mother-In-Law (Malaysia: English title: informal title)
7. Sri Tanjung (1961)
8. Isi Neraka (1960)
9. Lela Manja (1960)
10. Raja Laksamana Bentan (1959)
11. Hang Tuah (1955)

Deodorant kecemasan


Ada berita baik khusus kepada pengguna komuter, LRT dan bas RapidKL yang bersesak-sesak. Deodorant kecemasan boleh membantu sekiranya bau tengik dan hangit menerjah hidung dalam kenderaan awam yang macam sardin.

Sebenarnya, ini promosi lucu yang dibuat oleh pengeluar deodorant dan anti-perspirant, Right Guard, di Amerika Syarikat (AS), dengan meletakkan deodorant pada tempat yang orang paling berhajat. Right Guard letak kotak istimewa dalam bas dan tren yang sesak.

Kotak istimewa itu mengandungi sebotol spray anti-perspirant Right Guard. Papan tanda di atasnya memberitahu pengguna untuk memecahkan gelas sekiranya berlaku kecemasan dan menghubungi talian hotline untuk mendapatkan sampel percuma. Kempen lucu itu berjaya menarik perhatian pengguna dengan dianggarkan 800,000 orang melihatnya dalam tempoh dua minggu. Talian hotline juga menerima 6,500 panggilan untuk mendapatkan sampel, menjadikan salah satu kempen promosi paling berjaya pada tahun ini.

Vandalisme gila seks

Ops, vandalisme oleh budak muda (orang tua?) yang tengah ghairah dan berahi? Bukan, ini bukan vandalisme orang gila seks, tapi iklan bra atau coli di Frankfurt, Jerman. Memang mereka sengaja bagi dua pusat kaca yang pecah tepat-tepat di bahagian puting dada model.

Gelak-gelak dunia muzik Malaysia

Jenaka penyanyi Malaysia

Penyanyi yang sentiasa tua:
TO’KI

Penyanyi yang selalu kena titek (kena pukul - loghat Utara):
TITEK PUSPA

Penyanyi yang paling mahal:
HETTY COST ENDANG

Penyanyi yang paling berat dalam sejarah:
ABOT (berat - bahasa Jawa)

Penyanyi yang kalau bawa kereta, pandu di lorong paling kiri dan konfirm tak kena speed trap:
MELLY GOESLOW

Kumpulan rock yang dianggotai bomoh, pawang dan dukun:
MANTERRA


Jenaka kumpulan muzik Malaysia


Kumpulan rock paling bahaya:
AMUK

Kumpulan yang paling murah menerima bayaran:
SCOIN (baca secoin - satu sen saja)

Kumpulan rock yang dianggotai abang-abang Haji:
KUMPULAN BAJI

Kumpulan yang sentiasa dimanja oleh guru dan cikgu:
TEACHERS PET

Kumpulan yang persembahannya dalam bulan sembilan, terasa manis:
SWEET SEPTEMBER

Kumpulan yang berani mati:
KAMIKAZE

Kumpulan yang selalu berkonvoi:
XPDC

Kumpulan yang boleh lihat tapi tidak boleh disentuh:
4U2C

Kumpulan nasyid yang terdiri dari wak-wak Jawa:
AL-JAWAHER

Kumpulan rock paling wangi/main bulan Mei:
MAY

Kumpulan rock yang selalu terketar-ketar:
GIEGIEL

Kumpulan rock yang kena migrain/sakit kepala:
HEADWIND

Kumpulan yang mudah berpecah:
KRISTAL

Kumpulan rock yang makan nasi dan menulis guna tangan kiri:
LEFTHANDED

Kumpulan yang dianggotai pesawah:
PADI

Kumpulan yang paling popular di pagi raya:
TOO PHAT

Kumpulan yang kejap lawa kejap hodoh:
PRETTY UGLY

Kumpulan yang mudah nak dapatkan ubat:
MEDICINE

Kumpulan yang dipuja-puja oleh sebahagian umat manusia:
KUMPULAN DEWA

Kumpulan yang terdiri daripada pemain kebudayaan, gasing:
KUMPULAN SPIN

Kumpulan Orang Asli paling berjaya:
O.A.G (Orang Asli Gombak)