Billboard kena vandalisme?


Iklan gergaji elektrik yang kreatif. Perhatikan papan billboard sudah berlubang, konon-kononnya kena gergaji. Satu iklan yang cukup kreatif dan tidak perlu menggunakan banyak perkataan. Hanya gergaji saja!

Pasangan paling hot tapi berjurus: Mawi & Shikin

Tidak keterlaluan untuk kita katakan Asmawi Ani (Mawi) dan Nor'Ashikin Rahmat (Shikin) sebagai pasangan paling hot dalam dunia hiburan tanah air hari ini. Yang bagusnya, meskipun dilemparkan pelbagai tuduhan, nampaknya pasangan ini tidaklah sampai bergambar bersama-sama dengan ala berpeluk-pelukan yang orang kahwin pun tidak sanggup buat.

Ini seharusnya dijadikan contoh kepada artis yang lain supaya kalau baru setakat couple dan berkasih-kasihan itu, janganlah mengada-ada bergambar dengan taraf hampir 18SX.



Michael Jackson 50 tahun yang sebenar

Sempena usia Michael Jackson yang mencecah 50 tahun (wah, dah tua mamat ni), Photoshoppers cuba mengandaikan wajah asli seleberiti tu tanpa pembedahan plastik apabila mencecah tua!

Haiwan kacukan

Sekejap jadi babi, sekejap jadi buaya. Lama-lama jadi babuaya! Asalkan jangan perangai babi campur buaya darat sudahlah. Ini sebenarnya iklan untuk kempen melawat Australia.

Ini pula namanya bangayam. Tapi bukan berbangsa Melayu walaupun ada perkataan bang (abang). Ini campuran bangau dan ayam.

Yang ini, confirm bukan Jawa walaupun namanya kanglembu. Tapi campuran kanggaru dan lembu.

Akhir kata, selamat melawat Australia!

Advertising Agency: Saatchi & Saatchi, Copenhagen, Denmark
Creative Director: Simon Wooller
Art Directors: David Ebbesen, Tobias Ambs-Thomsen
Copywriter: Simon Wooller
Photographer: Rebekka Ehlers
Post production: Peter Sønder Hansen, Jesper Gori

Uli Auliani Tidak Berbaju?

Ya, ini gambar pelakon seksi, Uli Auliani yang tidak berbaju. Cuma ini bukan gambar Uli Auliani yang kononnya bugil disebarkan yang sudah pun diphotoshopkan. Cuma memang pelakon Pulau Hantu 2 dan Virgin ini tidak mengenakan baju kerana fesyennya memang begitu. Keep looking guys!

[Gambar: FayZSpace]

Bapa hero, sambut bayi sambil memandu


KOTA BHARU: Tarikh keramat 31 Ogos semalam, memberi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan pasangan suami isteri dari Pengkalan Chepa, di sini, yang bukan saja dikurniakan cahaya mata kelima, tetapi terpaksa melalui detik cemas menyambut kelahiran bayi lelaki itu di dalam kereta.

Bayi seberat 3.4 kilogram itu disambut sendiri Kamaruddin Abu Bakar, 37, jam 11.30 pagi dalam keadaan sambil memandu ketika dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), selepas isterinya, Nor Hayati Zaley, 31, tidak dapat menanggung kesakitan.

Kamaruddin yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem 8 Briget, Pengkalan Chepa, ketika ditemui di HUSM, berkata beliau nekad menyambut kelahiran bayinya itu dengan menggunakan sebelah tangan sementara sebelah lagi tangannya memegang stereng.

Beliau bercadang menamakan bayi itu Mohd Amar Alauddin.

Petua Tahan Lama (18SX)

Sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga juga mereka yang masih solo....

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama sampai setahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada Ramadan tahun ini. Dan sebelah lagi
pada Ramadan tahun depan. Kan tahan sampai setahun?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, jangan gunakan jari sebab jari ada enzim kasi lauk cepat basi. Ceduk pakai sudu teh.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih tahan lama, bayar zakat barang kemas atau pakai saja. Barangan emas yang terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, nanti hilang atau kena curi. Padan muka!

PAKAIAN.
Nak tahan lama:-
1. Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat.
2. Jangan guna mesin basuh. Pakai tangan saja. Lebih menyihatkan.
3. Jangan jemur bawah matahari terik.
4. Jangan guna bleach.
5. Jangan bawa mandi di pantai.
6. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!

Kalau nak tahan lagi lama pinjam baju member pula, baju sendiri masuk dalam plastik hampagas dan simpan elok-elok di kawasan yang tidak sejuk, tidak panas.

KERETA
Nak tahan lama, lepas beli, simpan dalam garaj. Tutup elok-elok pakai kain dan jangan bagi angin, habuk dan wap air masuk. Lebih penting bayar loan tu tiap-tiap bulan sampai selesai. Confirm tahan lama.

UMUR
Umur nak tahan lama? Banyakkan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!

ROKOK
Rokok nak tahan lama? Jangan hisaplah!

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan: Jujur dan ikhlas! Jangan makan awek member, bini member. Jangan ambil kesempatan.

SELAMAT BERTAHAN LAMA!