Tayar jenis baru

Kalau zaman gawat, nak tukar tayar pun tak mampu. Pakai tayar jenis inilah.

ps - zaman pra kemerdekaan Indonesia dulupun, dorang sudah try pakai tayar ni sebab tak dapat import getah




Jangan suka potong Q

Kepada yang suka potong Q terutama dekat plaza tol tu, malulah sikit kat haiwan-haiwan ini!







Papan tanda lucu

Perhatian: Papan tanda lucu ini tidak ada di Malaysia!
















Casing komputer siapa ini?

Pernahkah korang buka casing komputer di rumah? Atau korang memang jenis yang tak tahu macam mana nak bukak casing komputer? Kalau korang jenis ini, maka casing korang mesti macam gambar di bawah.







Posted by Picasa

Reva: Dari anak gadis naif Bawang Putih kepada kekasih pocong

Nama Revalina S Temat mula meletup selepas membintangi drama sinetron Bawang Merah Bawang Putih dengan membawa peran sebagai Bawang Putih yang menjadi mangsa kekejaman ibu dan adik tirinya. Pelakon jelita kelahiran Jakarta pada 26 November 1985 itu, memulakan karier seleberitinya sebagai model, sebelum berlakon dalam drama sinetron seperti Percikan pada 2001; Sangkuriang (2003) dan Cintaku di Kampus Biru 2 (2003-2004).


Revalina atau lebih mesra dengan panggilan Reva mula beralih ke layar perak dengan membintangi filem Pocong 2 pada 2006 yang membawa watak Maya yang mempunyai keistimewaan dapat bertemu dengan hantu pocong dan mempunyai kekasih pocong.








Nilai setin Pepsi!

Apa yang sanggup anda tukarkan dengan setin Pepsi? Seorang perempuan berbikini? Sekontena pisang? Atau title angkasawan?




Agensi Pengiklanan: CLM BBDO, Paris, Perancis
Pengarang Kreatif: Jean Francois Sacco, Gilles Fichteberg
Pengarah Seni: Cedric Moutaud
Copywriter: Vincent Pedrocchi
Jurufoto: Vincent Dixon
Posted by Picasa

Dari ciuman pantai ke kucupan jinjang pelamin





Akhirnya kontroversi ciuman pelakon dan pengacara tempatan, Ashraf Sinclair dengan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari, bakal ditamatkan dengan kesudahan yang baik apabila mereka mengumumkan rancangan perkahwinan pada 8 November ini.

Ashraf Sinclair, 30, dan Bunga Citra Lestari, 25, membuat pengumuman itu pada sidang media anjuran produk penjagaan kulit, Ponds di Jakarta, malam tadi kira-kira jam 10 malam waktu Indonesia (11 malam waktu Malaysia) selepas menyemarakkan cinta sejak setahun lalu.

Pasangan itu menimbulkan kegemparan ekoran pendedahan gambar foto mereka berciuman mesra di salah satu pantai di Pulau Bali, sekitar Jun dan Julai tahun lalu.

Ashraf berada di Jakarta berikutan terbabit dalam penggambaran filem Pocong, selain pasangan itu turut berlakon dalam penggambaran filem komedi di Bali.

Majlis persandingan bakal mempelai akan diadakan di hotel terkemuka di Senayan, Jakarta, sehari selepas pernikahan, manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan dibuat di sebuah hotel di Subang Jaya, pertengahan November ini.
Posted by Picasa